Followers

Wednesday, June 10, 2015

Saya mungkin diam jika Najib datang, kata Tun M - FMT Reporters

najib_1mdb_mahathir_600
 
Beliau mendakwa Najib sengaja membatalkan dialog Nothing 2 Hide pada Jumaat lalu.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin berhenti menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Perdana Menteri hadir dialog Nothing 2 Hide pada Jumaat lalu.

Mantan Perdana Menteri berkata, dialog itu merupakan peluang terbaik untuk Najib menjawab segala persoalan tentang 1MDB yang telah menimbulkan keresahan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, peluang itu disia-siakan Najib malah sengaja mengadakan alasan ancaman keselamatan untuk membatalkan dialog itu.

Dr Mahathir mendakwa, individu bernama Ali Tinju yang ditahan polis sengaja menimbulkan kekecohan pada hari berkenaan dengan tujuan supaya dialog itu dibatalkan.

“Saya tengok satu video klip tentang apa yang terjadi. Tiada ancaman keselamatan kecuali Ali Tinju yang agak bising. Jelas sekali beliau mahu acara itu dibatalkan. Kita tahu dia (Ali Tinju) memihak kepada siapa.

“Ia sesuatu yang merugikan. Najib sepatutnya boleh terangkan segalanya dan orang macam saya boleh didiamkan.” tulisnya menerusi entri terbaru di blognya.

Dr Mahathir mengulangi dakwaan bahawa Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kandasamy, berbohong lagi dalam memberikan penjelasan berhubung kehilangan wang berjumlah RM42 bilion.

Katanya, terdapat banyak nama-nama yang tidak dketahui telah menerima wang daripada 1MDB namun ia tidak didedahkan.

“Tiada sebarang bayaran dibuat kepada Petro Saudi, Jho Low, Brazen Sky dan pihak-pihak lain.
“Jho Low juga tidak membuktikan beliau tidak menerima wang berjumlah USD260 juta (RM988 juta) daripada 1MDB untuk membeli sebuah bank.

“Persoalannya, dimana hilang wang berjumlah RM42 bilion itu,” katanya.

Katanya, wang itu milik rakyat negara ini dan beliau perlu merasa bimbang jika wang itu telah hilang.

Justeru, katanya, Najib perlu buktikan wang yang dipinjam 1MDB tiada yang hilang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.