Followers

Wednesday, June 24, 2015

Rasuah 65Juta Pegawai Kanan MARA ?

Seorang ahli politik dan pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipercayai terlibat dengan rasuah berhubung pembelian hartanah di Melbourne Australia bernilai USD22.5 juta (RM65 juta).

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berdasarkan laporan media Australia dan media tempatan.

  1. Wujud dakwaan bahawa nilai hartanah yang dibeli di Dudley International House oleh MARA telah dinaikkan sebanyak USD4.75 juta (RM13 juta).
  2. Menurutnya, jumlah tersebut sengaja dinaikkan dengan tujuan sebagai balasan terhadap pembelian hartanah itu.
  3. “Wang tersebut dijanjikan sebagai yuran pengenalan dan perundingan kepada sebuah syarikat dorman di Singapura.

“Sekiranya tuduhan-tuduhan ini benar, adalah amat mengecewakan memandangkan ia melibatkan bukan sahaja wang rakyat malah reputasi MARA, sebuah institusi penting bagi masyarakat Bumiputera selama ini,”

"Jika tuduhan tersebut tidak benar, individu terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh sebagai langkah mempertahankan nama baik mereka."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.