Ketika ini seolah-olah apa yang telah di buat Hj Hadi dan pro Ulamak
seperti tidak ada salahnya. PKR masih meneruskan pakatan dengan PAS
walaupun formal tak formal. PKR memberi muka kepada si talam dua muka
dan sekarang dah jadi bermuka-muka macam kueh lapis di bazaar ramadhan
yang kita beli siang tadi.
Semasa pemilihan PAS yang lepas, kumpulan mana kah yang mempertahankan
PR? Siapa kah yang mempunyai matlamat dan visi semasa bertanding dimana
akan terus kekal dalam PR? Siapakah yang terang-terang menanam kebencian
kepada DAP ia itu rakan kongsi dalam PR dan mengugut untuk bersendirian
?
Mereka telah mempertahankan PR dan ini lah salah-satu sebab pro
Profesional kalah sebab por Ulamak mengaitkan nya dengan DAP dengan
menuduh mereka di perkudakan oleh DAP dan sebagai calun DAP. Ini jugalah
ada lah salah-satu punca nya PR berkecai.
Malang nya PKR tidak menghargai usaha pro Profesional terutama Ustad
Ahmad Awang demi menyelamat PR. Malah sekarang seolah-olah PKR tunduk
kepada pro Ulamak yang sehingga sekarang tak habis-habis menyerang DAP
dan berpusing-pusing mengenai memutuskan hubungan dengan DAP.
Dengan menyaman Hj Hadi yang menuduh Ustad Ahmad Awang sebagai calun DAP
akan membantutkan usaha damai atau kerjasama antara PKR dan PAS. Kes
ini akan mendedahkan sikap lemah PKR dan kepura-puraan PAS dalam membela
nasib rakyat.
Di satu keadaan, sekiranya Hj Hadi berjaya membuktikan memang apa yang
di sebut sebagai calun DAP ada lah betul seperti mana tuduhan yang di
buat oleh Hj Hadi. Ini bermakna PKR telah membuat keputusan yang salah
kerana PKR pun sama tak suka atau sokong pada DAP. Jika Ustad Ahmad
Awang menang, PAS malu dan PKR menganga.
Situasi PKR sekarang bukan lagi memilih samada DAP atau PAS. Tetapi
memilih siapa antara pro Profesional atau pro Ulamak yang mempertahankan
PR. Jika PKR kata pro Ulamak, nasib PKR pun akan sama dengan PAS. UMNO
tahu dan sudah bersedia kerana pengundi bukan lagi memilih parti tetapi
memilih calun semasa pru akan datang.
Kepada Allah kita kembalikan.
Penulis Tamu
http://syssss.blogspot.com/2015/06/pkr-dalam-dilema-mana-satu-harus-dipilih.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.