Followers

Saturday, June 27, 2015

Perkasa panggil pengkhianat MARA beruk. - FMT Reporters

 
azrul,perkasa,mara

Perkasa akan tetap mempertahankan MARA daripada mana-mana pihak yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun daripada orang Melayu sendiri.


PETALING JAYA: Perkasa mengelar pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan bekas ahli politik sebagai ‘beruk’ sekiranya benar mereka terbabit dengan skandal pembelian hartanah melebihi harga pasaran di Australia.

Panggilan itu dibuat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa merangkap Setiausaha Biro, Azrul Akmal Saharudin.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, dia memaklumkan pihaknya memandang isu yang berlaku dari dua sudut yang berbeza.

“Dalam pada itu, jika dakwaan itu palsu dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik MARA, maka wajarlah tindakan keras dan saman dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini,” katanya.

Biro tersebut mengakui isu itu dipandang serius kerana MARA, adalah sebuah agensi yang sangat dekat dengan orang Melayu dan Bumiputera di atas peranannya dalam memperkasakan ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan Bumiputera.

“Tentunya peranan yang dimainkan oleh MARA sebagai payung kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi amat dicemburui oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan MARA,” tegasnya.

Justeru, Azrul menegaskan bahawa Perkasa akan tetap mempertahankan MARA daripada mana-mana pihak yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun daripada orang Melayu sendiri.

Kenyataan itu dibuat selepas Perkasa membuat laporan di ibu pejabat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.