Followers

Saturday, June 27, 2015

Penganjur dialog Nothing 2 Hide letak semua jawatan dalam UMNO FMT Reporters


Khairul Anwar Rahmat

Datuk Khairul Anwar Rahmat mahu menumpukan kerja kemasyarakatn dalam dan luar negara disamping memperluas operasi syarikat.

PETALING JAYA: Penganjur dialog kontroversi Nothing 2 Hide, Datuk Khairul Anwar Rahmat umum meletak semua jawatan yang disandang dalam UMNO.

Khairul, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangam UMNO Malaysia.

Peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai bagi membolehkan beliau meneruskan kerja kemasyarakatan dalam dan luar negara selain meluaskan operasi firmanya, Khairul Group.

“Kami ingin memaklumkan keputusan Pengerusi kami, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk melepaskan semua jawatan dalam parti Umno berkuatkuasa 11 Julai 2015 bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma.

“Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

“Tindakan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Khairul Group.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.