Followers

Sunday, June 21, 2015

Penganalisis: Azmin mungkin lakukan rombakan Exco

 
Penganalisis: Azmin mungkin lakukan rombakan ExcoSHAH ALAM – Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman menjangka tidak berlaku pembubaran Dun di Selangor, sebaliknya hanya rombakan Exco di bawah pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, pembubaran Dun adalah sesuatu yang dielakkan oleh Azmin kerana beliau baharu sahaja memegang kuasa dan mentadbir Selangor.

Menurutnya, rombakan Exco mungkin akan berlaku kerana Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Sepatutnya Pas di Selangor mengundurkan diri dan tidak lagi memegang mana-mana jawatan dalam Exco negeri Selangor.

“Mereka harus sedar diri dan berpolitik lebih matang dengan mengotakan kata-kata dalam muktamar yang lalu,” katanya .

Tambahnya, beliau yakin Azmin akan menukarkan beberapa jawatan Exco yang disandang oleh Pas untuk digantikan dengan Adun daripada PKR dan DAP.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani juga berpendapat, tidak perlu bubarkan Dun tetapi Azmin perlu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk terus mentadbir Selangor. - SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.