Followers

Sunday, June 14, 2015

Penduduk Damansara Damai tuntut janji Azmin - FMT Reporters


azmin,gapai
Menteri Besar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan itu.


PETALING JAYA: Penduduk Damansara Damai berhimpun secara aman pada Sabtu bagi mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menunaikan janji.

Gabungan Penduduk Damansara Damai (GAPAI) menerusi kenyataan media berkata, mereka menuntut Azmin menunaikan janji untuk membina jalan alternatif.

“Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah membuat janji kepada penduduk Damansara Damai berkenaan jalan alternatif ketika memberi ucapan di Masjid Al Muhtadin Damansara Damai pada 21 Mac lalu.

“Kenyataan beliau dipetik melalui media Selangorkini bertajuk “Apa nak jawab depan Allah jika abaikan penduduk Damansara Damai.” Apa beliau tidak malu berkata sedemikian? sedang isu ini tiada solusi hingga hari ini,” katanya.

GAPAI berkata, Damansara Damai yang dibuka pada 2000 berdepan masalah kesesakan yang semakin teruk kerana pertambahan penduduk mencecah 100,000 orang tetapi hanya mempunyai satu jalan keluar masuk.

“Perbincangan telah banyak kali dibuat tetapi sehingga kini tiada penyelesaian,” katanya.

GAPAI mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar jika masalah itu tidak mendapat perhatian kerajaan negeri khususnya Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.