Followers

Saturday, June 13, 2015

PasMa jadi parti politik? FMT Reporters

 
pasma
Presiden PasMa akan buat keputusan selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PasMa.

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berkemungkinan besar akan membuat pengumuman mengubah statusnya daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi sebuah parti politik.

Desas-desus semakin bertiup kencang memandangkan pada Sabtu, ia akan membuat satu pengumuman penting selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PasMa seluruh negara di Shah Alam.

Ketika diminta mengulas mengenai tanda tanya itu, presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang dihubungi FMT enggan mengulas lanjut.

Katanya, ia bergantung kepada keputusan mesyuarat.

“Masuk parti politik atau kekal sebagai NGO kita tunggu keputusan mesyuarat esok (Sabtu),” jelasnya dalam perbualan telefon.

Pada mesyuarat yang bakal berlangsung, PasMa telah mengarahkan semua negeri menghantar 10 wakil dan menetapkan syarat, ia tidak akan dihadiri mana-mana wakil daripada parti politk.

Kenyataan itu menjadi menjadi tanda tanya, apakah selepas dilabel sebagai kumpulan liberal dalam Pas serta dianggap pro DAP, ia akan memulakan wadah baru sebagai sebuah parti politik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.