Followers

Tuesday, June 23, 2015

Pakatan Rakyat masih berfungsi – Anwar Ibrahim - Khairil Ashraf


 
anwar,pr

Pakatan Rakyat akan kembali bersatu dan bertambah kuat dengan sokongan NGO-NGO.

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih lagi berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-kerajaan Negeri dan Parlimen.

Katanya, di sebalik tekanan dan ketegangan yang berlaku dalam PR, ia merupakan fitrah sebagai sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik.

Katanya, krisis yang berlaku tidak bermakna perkara itu tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

“Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

“Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti-parti Pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, walaupun berlaku krisis sejak akhir-akhir ini, tetapi niat dan semangat PR dalam perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarian Barisan Nasional (BN) terus utuh.

“PR kini sedang berusaha bagi menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan kekal agar rakyat dapat diberikan khidmat yang lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.