Followers

Sunday, June 21, 2015

Orang Perak: MB anda dan kroni bolot projek berbilion ringgit..... suarakami

 
Mengapa projek berbilion ringgit untuk membina penjana kuasa hidro mini yang telah dianugerahkan kerajaan negeri Perak kepada seorang ketua bahagian Umno.
 
Kerajaan negeri Perak pada tahun 2012 telah menandatangani perjanjian air dengan Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC).
PHREC dimiliki oleh dua buah syarikat iaitu MB Incorporated (40%) dan Pusaka Hijau Sdn Bhd (60%). Pengarah eksekutif PHREC pula seorang ketua bahagian Umno di Perak.
PHREC kemudian diambilalih oleh Gunung Capital BHd melalui pembelian 85% saham Pusaka Hijau pada Ogos 2013.
Pengerusi eksekutifnya merupakan seorang lagi ketua bahagian Umno di Perak.
Bina 25 penjana kuasa
Perjanjian tersebut membenarkan PHREC untuk membina 25 penjana kuasa hidro mini yang berkapasiti 176 MW dalam tempoh 21 tahun.
Satu lagi perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan PHREC pada 29 April 2013 menyaksikan enam lagi penjana kuasa hidro mini berkapasiti 116 MW dianugerahkan kepada PHREC.
“Berdasarkan kiraan kasar, perbelanjaan kapital setiap megawatt adalah RM10 juta. Maka 31 projek ini bernilai kira-kira RM2.92 bilion,”.
bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah projek ini diperoleh secara rundingan terus atau tender terbuka.
Pengerusi eksekutif Pusaka Hijau yang kini menguasai PHREC merupakan “pengambil projek kerajaan profesional”.
“Beliau telah mendapat rezeki lumayan daripada pelbagai projek kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat,”.
Syarikat-syarikat milik pengerusi eksekutif Pusaka Hijau itu juga telah mendapat pelbagai kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit.
Ini berdasarkan pendedahan yang telah dilaporkan sejak tahun 2008 yang melibatkan syarikat-syarikat tersebut.
Melalui kontrak-kontrak yang kebanyakannya diperoleh melalui rundingan terus. Adalah disyaki bahawa ini merupakan satu modus operandi baru.
Walaupun nama beliau tidak akan terlihat apabila kontrak dianugerahkan, tetapi projek akhirnya sampai ke tangan orang yang sama.
Kerajaan negeri Perak perlu memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai isu yang dipersoalkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.