Followers

Friday, June 5, 2015

‘Nothing2Hide’: Polis nasihat PM jangan datang FMT Reporters

 
Zack Ahmad's photo.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan PM tidak dapat hadir atas sebab keselamatan.

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri menggeluarkan kenyataan seperenggan bagi menjelaskan ketidak hadiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke progam Dialog Bersama PM ‘Nothing2Hide’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ia dimuat naik di laman Facebooknya.

“Pejabat Perdana Menteri dimaklumkan oleh pihak pengajur bahawa Program “Dialog PM bersama NGO” yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10:00am pagi ini di PWTC terpaksa ditangguhkan atas arahan Ketua Polis Negara @PDRMsia.

“Hal demikian disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi. Ikutan arahan dan nasihat Ketua Polis Negara, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri program ini”, petik kenyataan itu.

Mengikut perancangan program yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam itu menghimpunkan lebih 300 NGO bersama 1500 peserta di mana Najib dijadual akan memberi taklimat terhadap isu 1MDB.

Bagaimanapun, ia melangkaui jangkaan selepas ribuan datang ke PWTC selepas kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke program berkenaan diviralkan di laman sosial.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.