Followers

Wednesday, June 3, 2015

Nik Abduh menang besar kalahkan Suhaizan Faiz Zainudin

 
nik abduh menang

Kemenangan Nik Abduh membuktikan bahawa pemuda Pas mahukan golongan pro ulama akan terus mendominasi parti itu.


SHAH ALAM: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berjaya merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas dengan menewaskan penyandangnya Suhaizan Kaiat.

Pada pemilihan Pemuda Pas ke-56, anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu, mendapat 429 undi manakala Suhaizan mendapat 262 .

Dalam pemilihan yang diadakan, anak Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas.

Dia mendapat 435 undi menewaskan Raja Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 257 undi.

Seramai 735 perwakilan membuang undi yang merangkumi 174 kawasan untuk memilih kepimpinan Pemuda Pas 2015-2017.

Kegagalan Suhaizan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas sememangnya sudah dijangka, kerana dikatakan gagal mempertahankan Presiden Pas daripada terus dikutuk sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP.

Kemenangan itu memberi isyarat, golongan pro ulama masih mempunyai pengaruh kuat untuk terus meneraju parti Islam itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.