Followers

Wednesday, June 10, 2015

Negara kecoh kerana Tun M FMT Reporters

 
najib,mahathir,ancaman
PM menuding jari Tun M memainkan peranan sama seperti pembangkang


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan antara penyumbang yang memburukkan keadaan kucar-kacir di negara ini.

Dakwaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di laman blognya, NajibRazak.com.

“Ia memberi kesan besar kepada persepsi orang ramai, kerana beliau bukan hanya sekadar rakyat biasa,” katanya.

Jelas Najib, apa yang ditempuhinya berbeza dengan pengalaman Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri kerana ketika itu tiada internet.

Sebab itu sebarang kontroversi yang timbul akan mengambil masa untuk disebarkan berbanding sekarang di mana ia mudah dikongsi dan menjadi viral dalam sekelip mata.

Dalam entri berkenaan beliau terus menyindir Dr Mahathir dengan berkata sekiranya meletak jawatan, ia tidak akan menghentikannya campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

“Beliau boleh katakan hanya menjalankan hak demokrasi sebagai seorang rakyat Malaysia, tetapi ini adalah Tun Mahathir,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.