Followers

Monday, June 8, 2015

Najib, berhentilah memfitnah Pas - FMT Reporters

najib
Pas tidak akan sesekali mengubah pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti meneguk di air keruh dengan memfitnah Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak akan sesekali mengubah pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Katanya, Najib menggunakan Pas untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu lebih besar iaitu skandal 1MDB.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata, UMNO sedia bekerjasama dengan Pas demi kebaikan ummah tetapi kerja sama itu tidak semestinya menerusi kerajaan perpaduan.

Tuan Ibrahim berkata, Najib tidak boleh lari daripada realiti sebenar di mana beliau telah merosakkan negara menerusi 1MDB.

“Najib boleh melarikan diri daripada forum ‪Nothing 2 Hide. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara.

“Kamu boleh hancurkan diri kamu dengan 1MDB. Tapi jangan hancurkan negara dengan 1MDB. Cukuplah kamu meranakan rakyat dengan GST, janganlah kamu meranakan generasi masa depan dengan 1MDB,” katanya.

Beliau juga menasihatkan Najib meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana 1MDB sedang disiasat Bank Negara Malaysia sekali gus boleh menimbulkan prejudis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.