Followers

Monday, June 22, 2015

Mursyidul Am Tak Balik Lagi... !


“Perbincangan mengenai usul putus hubungan dengan (parti) tersebut, perlu menunggu Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pulang dari Mekah," kata Abdul Hadi kepada pemberita petang ini.

Sebelum ini dilaporkan Haron akan menunaikan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun dan dijangka pulang pada akhir bulan ini.

Beliau sendiri sebelum ini berkata secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu kerana sudah habis tempoh dan menjangkakan pemimpin lain bakal menggantikannya.

Muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk pelaksanaannya.

Susulan itu, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi selepas mendakwa ia berpunca daripada keputusan yang dibuat dalam muktamar parti itu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata mesyuarat Majlis Syura hari ini hanya membincang mengenai pelantikan ahli Majlis Syura dan tidak ada menyentuh mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Hari ini (Majlis Syura) berbincang mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura. Tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP," katanya sambil menambah kebanyakan anggota jawatankuasa dalam badan itu masih kekal.

Jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama juga pula perlu menunggu kepulangan Haron Din, kata Hadi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.