Followers

Tuesday, June 16, 2015

Mufti Perlis sokong kenyataan TMJ - Mohamad Fadli

 
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim

Tiada siapa boleh menafikan hak TMJ untuk bersuara bagi menyatakan pendapat walaupun baginda anak Sultan.


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
 
Beliau berkata, walaupun anak Sultan, TMJ tidak boleh dinafikan untuk bersuara bagi menyatakan pendapat demi kepentingan rakyat.

“Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara.

“Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati,” katanya di laman Facebooknya.

Dr Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menegaskan setuju atau tidak itu soal kedua.

“TMJ ada hak untuk menyatakan pendapat dan bersuara. Apatah lagi jika apa yang disuarakan itu berfaedah untuk rakyat awam.

“Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam.. Amin..,” katanya lagi.

TMJ telah membalas kritikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa menteri bukan Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Baginda berkata, dirinya rela dicemuh kerana mempertahankan kebenaran daripada dipuja kerana menyokong kesalahan.

Kata baginda, menteri dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat dan sekiranya ada perkara tidak betul berlaku, rakyat berhak menyatakan pandangan.

Nazri sebelum ini memberi amaran kepada TMJ supaya tidak masuk campur hal ehwal politik selepas baginda mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak hadir dialog Nothing 2 Hide baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.