Followers

Saturday, June 13, 2015

Mufti Perlis diberitahu kejatuhan ringgit kesan ketirisan 1MDB Faiz Zainudin

 
Datuk Dr Asri Zainul Abidin

Beliau diberitahu oleh pakar ekonomi tiga minggu lalu bahawa ringgit akan jatuh disebabkan 1MDB.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, kejatuhan mata wang ringgit disebabkan kesan ketirisan syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang pakar ekonomi kepadanya.

Tanpa menyebut nama, Asri berkata, pakar ekonomi itu memberitahunya kira-kira tiga minggu lalu yang nilai ringgit akan jatuh disebabkan ketirisan 1MDB.

“Tiga minggu yang lalu ada pakar ekonomi memaklumkan kepada saya bahawa ringgit akan jatuh. Ia salah satu kesan 1MDB, katanya. Saya hanya mendengar penerangannya,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia membimbangkan rakyat negara ini terutama mereka yang kerap berurusan di luar negara.

“Sesiapa yang berada di luar negara akan terasa bagaimana mata wang kita jatuh. Keadaan ini menjadikan rakyat amat bimbang,” katanya.

Asri berkata, beliau yang kini berada di luar negara kerana urusan kerja tidak terkecuali merasai kesan kejatuhan mata wang negara.

“Kini, kebetulan saya berada di luar negara sudah dua minggu dan dapat merasai kejatuhan itu. Semoga Allah selamatkan kita semua,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.