Followers
Wednesday, June 3, 2015
MP: Menteri lebih minat jaga kedudukan
Pua turut mempersoalkan sekiranya ahli jemaah menteri itu takut dengan ugutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mengapa tiada satupun soalan ditanya oleh mana-mana anggota Kabinet, seperti didedahkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamd Nazri Aziz?
“Adakah disebabkan mereka sangat faham dengan pelan 'penstrukturan semula' yang dibentangkan, maka tidak perlu bertanya?
"Atau ia disebabkan mereka takut dengan ugutan Najib yang tidak begitu berlapik itu?,” katanya dalam satu kenyataan.
Nazri semalam berkata, para menteri nampak berminat untuk mendengar pembentangan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengenai 1MDB.
Husni berkata, 1MDB membuat perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah firma Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments.
Mengikut perjanjian itu, IPIC akan membayar sebanyak AS$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun 2015 kepada satu sindiket bank antarabangsa. Ia bagi melunaskan hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.5 billion).
Pua seterusnya mempersoalkan mengapa anggota Kabinet menyokong langkah tersebut sekiranya bayaran AS$1 bilion itu bukan satu pinjaman daripada syarikat pelaburan Abu Dhabi.
"Saya sebelum ini bertanya apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia akibat bayaran ini, dana sama ada ini satu pinjaman atau bayaran pendahuluan kepada 1MDB.
“Susulan itu, presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, Arul Kanda menafikan bahawa bayaran AS$1 bilion itu satu “pinjaman, hutang, atau penyelamatan”.
"Jika kenyataan Arul Kanda boleh dipercayai, kita masih tidak tahu mengapa IPIC sanggup bayar AS$1 bilion untuk satu transaksi yang tidak diketahui (tujuannya).
Pua berkata, cadangan yang dibentangkan Ahmad Husni itu juga kabur kerana tidak mendedahkan gambaran sebenar mengenai bayaran AS$1 bilion oleh IPIC dan kesannya kepada rakyat Malaysia.
Katanya, ini bukanlah satu “laporan penuh” seperti yang dijanjikan oleh Ahmad Husni, katanya. - M'kini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
MP DAP, Tony Pua melihat anggota Kabinet lebih berminat untuk mengekalkan jawatan daripada menuntut kebenaran mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.