Followers

Friday, June 5, 2015

Mat Sabu kehairanan FMT Reporters

 
Zack Ahmad's photo.

Bekas Timbalan Presiden Pas itu menyifatkan majoriti kekalahan yang diterima pelik.

mat-sabu_undi_pas_600KUALA SELANGOR: Mohamad Sabtu atau Mat Sabu mengaku kekalahannya kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai sesuatu yang pelik.

Walaupun menerima dengan hati terbuka, namun, kekalahan dengan majoriti besar untuk jawatan Timbalan Presiden Pas itu agak menghairankan.

Mat Sabu hanya memperoleh 279 undi manakala Tuan Ibrahim 881 undi.

“Saya menerima keputusan tetapi undi yang diterima, saya dapat (jumlah) undi pelik,” katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan Pas ke-61 pada Jumaat.

Mat Sabu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud ‘undi pelik’ yang dimaksudkan sebaliknya hanya menyatakan ‘masih kehairanan’.

Ditanya mengenai rancangannya selepas kekalahannya, dia berkata, masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Saya nak berehat sekejap,” katanya yang telah 30 tahun berkecimpung dalam politik.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.