Followers

Sunday, June 21, 2015

Masih "MENARUH HARAPAN?"

Hudud: Pas beri Umno masa tunai janji

Hudud: Pas beri Umno masa tunai janjiKOTA BHARU – Pas Kelantan memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini untuk menunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas RUU Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan sama.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberitahu, oleh sebab yang munasabah pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahaskan selagi agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.

“Selepas ini (sesi Parlimen Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-ALLAH masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka,” katanya. - SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.