Followers

Thursday, June 18, 2015

Lebih 600 ahli NGO, Pemuda Umno gesa Azmin segera selesai isu air Selangor



Sekumpulan 600 ahli NGO dan Pemuda Umno Selangor berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sambil membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian air.

Sekumpulan 600 ahli NGO dan Pemuda Umno Selangor berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sambil membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian air.


Lebih 600 ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Selangor mendesak kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan isu penstrukturan air Selangor.

Perhimpunan aman itu diadakan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, dengan kumpulan berkenaan membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian isu tersebut.

Tunjuk perasaan itu berlangsung ketika Dewan Rakyat hari ini membincangkan usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA2).

Usul itu dikemukakan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berikutan Selangor mungkin berdepan risiko pencatuan air jika keupayaan pembekalan air terawat tidak ditingkatkan dari sekarang.

Bercakap kepada pemberita semasa perhimpunan itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata sebagai pentadbir negeri, Mohamed Azmin sepatutnya lebih prihatin dan memandang serius penderitaan dan kepayahan rakyat semasa menghadapi krisis air.

"Warga emas antara golongan yang paling terkesan dengan krisis air tersebut apabila terpaksa menunggu lama sehingga bekalan air dibawa kepada mereka kerana tidak mampu mengangkutnya sendiri ke rumah masing-masing," kata Zainuri.

Beliau meminta menteri besar mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada Jumaat ini bagi mempercepatkan penstrukturan semula industri air.

Zainuri berkata pihaknya turut menghantar satu memorandum kepada Mohamed Azmin supaya menteri besar itu dapat memastikan industri air di Selangor mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada masa depan.

Mac lepas, Mohamed Azmin membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan itu atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September tahun lepas. – Bernama,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.