Followers

Monday, June 22, 2015

Lagi Penafian Atas Pembohongan Ulamak-Ulamak PAS



“Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir.

Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin.

Katanya, apa dijelaskan dalam tazkirah itu hanya membabitkan maksud sebuah hadis yang menyentuh mengenai perjuangan dalam Islam.

“Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud: ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”.

“Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu.

Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif.

Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya.

“Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. - sumber


Komen al-Husseyn:

Mungkin Norazli tidak sebut sebiji: "jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu"

Hadis itu membawa maksud: ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.' - Melepaskan ikatan Islam dari lehernya itu bermaksud keluar dari Islam atau murtad.

Cuma nak tanya Norazli : Jemaah yang dia maksudkan itu jemaah mana kalau bukan jemaah PAS? Tolong katakan, apakah Norazli turut mengiktiraf lain-lain jemaah di Malaysia selain PAS sebagai al-Jamaatul-Muslimin? Sajer nak tanya benda tu saja.

Berikut saya perturunkan makna kemestian bersama jamaah (luzum al-jamaah) Kemestian bersama jamaah (luzum al-jama’ah) bermakna beriltizam dengan segala apa yang dihalal dan diharamkan oleh jamaah serta taat kepadanya, iaitu menerima sumber rujukan asasi Islam, meskipun terdapat perbezaan dari sudut mazhab, aliran dan pandangan.

Baca Seterusnya DISINI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.