Followers

Wednesday, June 17, 2015

Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya?

 
Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya. Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."


Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.
Kerajaan Perpaduan Bakal Ditubuhkan.. Ini Buktinya?

Ditanya masalah siapa lebih besar, sama ada BN atau PR, Razaleigh ketawa dan berkata: "Saya tak tahu, saya tidak terlibat dalam masalah yang satu lagi. Saya cuma tahu masalah yang ini sahaja."

"Jadi, saya tak tahu yang mana lebih besar atau lebih kecil. Tetapi, masalah tetap masalah."

Beliau berkata, langkah PR membubarkan dirinya sesuatu yang "bagus" kerana ia boleh membantu mengukuhkan pembangkang.

"Saya fikir mereka mesti bersedia mengambil tindakan berani untuk memperkenalkan langkah yang selaras. Selaras dengan anak muda, terutamanya," kata putera Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan PR tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan "semua pihak" yang mahu melihat pemerintahan BN berakhir. 

Dalam BN pula, Umno terus memainkan peranan yang dominan selepas parti komponen utama lain merosot teruk prestasinya pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
MIC, misalnya, dibelenggu dengan perebutan kuasa dan terdahulu hari ini menyingkirkan presidennya Datuk Seri G Palanivel dan melantik timbalannya Datuk Seri S Subramaniam sebagai pemangku.

Bulan lepas, Razaleigh menggesa agar parti berasaskan agama dan kaum dihentikan dan menggesa negara bergerak ke arah satu sistem terbuka yang menepati keperluan generasi muda Malaysia.

Beliau menambah, konsep yang berasaskan kaum hanya membawa kejatuhan, terutamanya bagi Umno, yang katanya menghadapi masalah melebarkan keahliannya dan menarik golongan belia


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.