Followers

Wednesday, June 17, 2015

Kedudukan Azmin sebagai MB Selangor mungkin tidak terjejas

 Zack Ahmad's photo. Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin mungkin akan dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud. – 

Ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin mungkin akan dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud.

Pemerhati percaya Azmin tidak akan menghadapi banyak masalah untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti sama ada dengan adanya atau tiadanya Pakatan Rakyat.

Kata mereka, Pakatan Rakyat tidak didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan, tetapi hanya merupakan suatu pakatan longgar yang ditubuhkan pada April 2008.

Nik Ahmad Kamal mengulas tentang pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas Muktamar PAS meluluskan resolusi yang menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Resolusi itu dibuat berikutan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai reaksi terhadap rancangan PAS untuk meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, 15 daripadanya disandang DAP, 15 PAS, 13 PKR, 12 Barisan Nasional dan satu Bebas.

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata Azmin perlu mendapatkan deklarasi berkanun mengenai sokongan daripada beberapa anggota dewan undangan negeri itu untuk menjamin kedudukannya sebagai menteri besar.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.