Followers

Monday, June 15, 2015

Kapal tangki ditawan lanun bawa RON95 bernilai RM21 juta Faiz Zainudin

 
kapal MT Orkim Harmony ,puzi

APMM yakin kapal MT Orkim Harmony ditawan lanun kerana tiada kesan perlanggaran seperti tumpahan minyak.


PUTRAJAYA: Kapal MT Orkim Harmony yang hilang bersama 22 kru yang dipercayai dirompak lanun di perairan Malaysia membawa 6,000 tan metrik minyak RON95 milik Petronas bernilai RM21 juta.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, kebarangkalian kapal tangki itu dirompak sangat kukuh kerana tiada kesan pelanggaran di laut.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lanun yang menawan kapal itu terdiri daripada rakyat tempatan dan negara jiran berdasarkan risikan.

“Mengikut rekod sehingga kini kita telah menahan dan mengenakan hukuman terhadap 40 perompak yang kebanyakkan dilakukan oleh warga negara jiran.

“Dalam hal ini kita melihat kebarangkalian juga melibatkan warga negara kita sendiri atau negara jiran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat APMM pada Isnin.

Katanya, jika kapal itu berlanggar di laut, sudah tentu ada kesan tumpahan minyak dan kapal yang dilanggar di samping panggilan kecemasan daripada kru kapal.

Ahmad Puzi menjelaskan sehingga jam 3.30 petang pada Isnin, tidak ada sebarang panggilan daripada mana-mana pihak untuk meminta wang tebusan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.