Followers

Tuesday, June 2, 2015

“Kalau saya Najib, saya buang orang tak suka saya” FMT Reporters

 
mahathir_najib_see_600

Sejarah telah membuktikan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun M telah memecat beberapa Menteri yang tidak sehaluan dengannya.

PETALING JAYA : “Kalau saya Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) saya buang sajalah orang tak suka dengan saya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri berkata, sejarah telah membuktikan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau telah memecat beberapa Menteri Kabinet yang tidak sehaluan dengannya.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Penulisan Esei dan Foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia bahawa Najib telah menggesa Menteri Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu, tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan tidak bersama Najib.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menafikan laporan Utusan Malaysia bahawa Najib memberi kata dua kepada Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir mesyuarat itu kerana berada di luar negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menerusi Twitter menyatakan sanggup meletak jawatan tetapi bersyarat iaitu 1MDB dirasionalisasikan dan pihak yang melakukan salah laku dikenakan tindakan secara telus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.