PERDANA
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan rombakan
kabinetnya selepas raya ini. Najib sudah tidak ada pilihan. Untuk
mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya beberapa Menteri yang
dianggap sebagai ‘beban’ perlu digugurkan segera dan diganti dengan
mereka yang lebih fresh dan energetik. Ini termasuk menukar portfolio
beberapa menteri yang suka ‘playsafe’.
Antara
yang mungkin akan digugurkan ialah Datuk Hassan Malik, Nazri Tan Seri
Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Shahidan Kassim. Beberapa orang Menteri
pula akan ditukar portfolio mereka seperti Khairy Jamaludin yang
dianggap prestasinya sebagai Menteri Belia dan Sukan agak kurang
menyerlah. Kegagalan negara dalam berbagai bidang sukan sejak beliau
menjadi Menteri menjadi puncanya. Kejayaan kontijen negara di sukan SEA
di Singapura baru baru ini dilihat bukan kejayaan beliau. Khairy juga
dilihat gagal dalam program pembangunan belia negara.
Shafie
Afdal turut akan bertukar portfolio. Komen komen beliau mengenai isu
1MDB dan pertelagahan beliau dengan Ketua Menteri Sabah menjadikan
beliau bukan lagi Menteri yang sealiran dengan Najib. Isu pembelian
hartanah oleh MARA Incorporation di Australia yang menjadi senjata baru
kepada pembangkang, menjadikan kedudukan beliau semakin panas. Usaha
beliau menjemput Najib merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilanan UMNO
Bahagian Semporna Ogos nanti tidak akan menyelamatkan kedudukan beliau
apatah lagi sebagai Naib Presiden.
Datuk
Ahmad Maslan juga mungkin bertukar portfolio. Beliau menjadi tidak
popular kerana sering membuat kenyataan yang mendahului kabinet dan
Menteri yang bertanggungjawab terutamanya dalam isu GST.
Antara
beberapa nama yang dijangka naik pangkat ialah Datuk Razali Ibrahim.
Kalau Datuk Azizah Mohd Dun tidak naik pangkat mungkin Najib akan
melantik seorang wanita muda menjadi Senator untuk menyertai kabinet
beliau. Disamping itu beberapa tenaga muda baru telah disenaraikan dan
berpotensi untuk dibawa masuk seperti Datuk Anuar (Sekijang), Datuk
Nawawi (Langkawi), Datuk Ikmal Hisham (Kelantan) dan Datuk Irmohizam
(Selangor). Turut tersenarai ialah beberapa senator seperti Datuk Salim
Sharif (Negeri Sembilan) dan Datuk Asyraf Wajidi (Kelantan).
Rombakan
kabinet akan menjadikan Najib lebih ‘In Command’ bagi menghadapi PRU ke
14. Ini juga akan mematikan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan
beliau dari dalam. Keberanian Najib mencabar mana mana anggota kabinet
supaya meletak jawatan jika tidak lagi dapat bersama dengan beliau dalam
menangani isu 1MDB membawa impak besar. Suara suara sumbang sudah tidak
kedengaran. Bahkan pendirian majoriti Ketua Bahagian UMNO supaya
pemilihan parti 2016 ditangguhkan mematikan sebarang usaha untuk
menentang kepimpinan beliau. Difahamkan survey pendirian Ketua Bahagian
itu dibuat melalui kumpulan Telegram mereka.
Sejak
pihak pengurusan 1MDB lebih terbuka menjawab satu demi satu dakwaan Tun
Mahathir kononnya wujud kepincangan dalam 1MDB, tekanan supaya Najib
meletak jawatan semakin kendur. Bahkan langkah rasionalisasi 1MDB
seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan 2 dapat menangkis
dakwaan bahawa 1MDB adalah syarikat pelaburan kerajaan yang gagal.
Ternyata
pihak yang memburuk-burukkan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan
Najib banyak menggunakan maklumat daripada Sarawak Post. Penangkapan
Xavier Andre Justo bekas Eksekutif Petrosaudi oleh Pihak Polis Thailand
mengukuhkan lagi kredibiliti Najib dan 1MDB.
Xavier
Justo telah dipecat oleh Petrosaudi iaitu rakan kongsi 1MDB. Beliau
banyak memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report yang beroperasi
di London untuk tujuan memeras ugut bekas majikannya. Laporan Sarawak
Report inilah yang menjadi sumber rujukan kepada Tony Pua dan yang lain
lain untuk menyerang Najib dan Kerajaan.
Satu lagi isu ialah, apakah akan ada Menteri Besar yang akan diganti sebelum PRU ke 14? Tunggu dan lihat. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.