Followers

Saturday, June 27, 2015

Jawab Najib Jawab !!

Mafiaboss Melayu's photo.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan penipuan membabitkan pegawai tinggi kerajaan dalam kes pembelian hartanah di Australia.

Pelbagai spekulasi negatif akan timbul lebih-lebih lagi pembelian itu melibatkan dana awam.

Perkara ini menimbulkan lagi kebimbangan kita bagaimana pengaliran dana kewangan negara dengan mudah boleh berlaku begitu saja selepas skandal 1MDB yang digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.


Ini peringatan yang jelas buat Perdana Menteri bahawa beliau perlu tampil menjawab dakwaan ini agar segala spekulasi ini tidak terus mencemarkan imej Malaysia khususnya di luar negara.

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia.

Bayaran itu dikatakan RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

Lebih memeranjatkan, invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan ‘jurunding dan nasihat’ daripada firma Malaysia turut dikeluarkan bagi memperdaya ahli perniagaan Australia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.