Followers

Wednesday, June 24, 2015

DATO HUSAM DICANTAS TERUS OLEH PUAK ULAMA ??

Pimpinan Baru PAS: Datuk Husam, Sudah Tiada Jawatan Apa-apa Lagi.

SHAH ALAM: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) sudah tiada lagi apa-apa jawatan dalam kepimpinan PAS Malaysia. Bahkan di Kelantan beliau digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen oleh Datuk Mahfuz Omar


"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar," kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini.

Beliau juga berkata lajnah gabungan itu akan dipengerusikan seorang muka baharu, Sanusi Mohd Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, satu portfolio baharu telah diwujudkan iaitu Lajnah Hubungan NGO dan dipengerusikan oleh seorang muka baharu, iaitu Prof Madya Zainal Abidin Kidam yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara itu, katanya Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipengerusikan semula oleh beliau sendiri seperti di awal penubuhannya pada 2000 sebelum ini.

"Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan Pas (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu," katanya lagi.


Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan di kalangan AJK Pas Pusat bagi sesi 2015-2017:

1) Lajnah Politik dan Pilihan raya Pengerusi: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Setiausaha: Datuk Takiyuddin Hassan Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dato Mustafa Ali

2) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pengerusi: Idris Ahmad Timbalan: Sallehen Mukhyi

3) Lajnah Dakwah Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan 1: Dr Nik Zawawi Salleh Timbalan 2: Mokhtar Senik


4) Lajnah Penerangan dan Perhubungan Media Pengerusi: Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan: Datuk Nasurudin Daud

5) Lajnah Ekonomi & amp; Pengurusan Harta PAS Pengerusi: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali Timbalan: Zaharuddin Mohammad


6) Lajnah Pendidikan Pengerusi: Datuk Mohd Amar Abdullah Timbalan: Zainal Abidin Kidam

7) Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & amp; Hal Ehwal Orang Asal Pengerusi: Razman Zakaria Timbalan 1: Dr Ali Akbar Timbalan 2: Mohamad Hussain

8) Lajnah Pekerja dan Pengguna Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani Timbalan: Abdullah Hussin

9) Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengerusi: Datuk Takiyuddin Hassan Pengarah IT - Mohd Shuhaimi Embong

10) Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pengerusi: Dr Rosni Adam Timbalan 1: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud

11) Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Timbalan: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

12) Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pengerusi: Datuk Wan Abdul Mutalib Embong Timbalan: Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan

13) Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor Timbalan: Mohamad Hussain

14) Lajnah Perpaduan Nasional Pengerusi: Dr Najihatul Salihah Ahmad

15) Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pengerusi: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan: Norazli Musa

16) Lajnah Hubungan NGO Pengerusi: Zainal Abidin Kidam

17) Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar

18) Lajnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
 Pengerusi: Salahuddin Ayub

19) Lajnah Lembaga Pemerkasaan Parti Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan: Dr Rosni Adam

20) Lajnah Lembaga Pembinaan
Kompleks Pas Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad Timbalan 2: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali

21) Lajnah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki Timbalan: Zaharudin Mohammad

22) Lajnah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan: Hussin Ismail

23) Jabatan Pilihan Raya pas Pengerusi: Datuk Mustafa Ali

24) Harakah Pengerusi: Idris Ahmad Pengarah Urusan: Dr Rosli Yaakup Penasihat Editorial: Nasrudin Hassan Tantawi

25) Pejabat Presiden Pas Setiasaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud Setiausaha Akhbar: - Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam. Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat. PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan. Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pilihan raya pada awal Jun lalu. - 24 Jun, 2015. IH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.