Followers

Monday, June 8, 2015

DAP Tidak Perlukan Orang Tengah Untuk Berunding Dengan Parti 'Siku Dan Lutut'

 

DAP berkata mereka tidak memerlukan PKR menjadi orang tengah untuk membantu menyelesaikan kemelut mereka dengan PAS.

“Kami tidak perlu orang tengah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Katanya, DAP yang ditubuhkan pada 1966 dan mempunyai anggota parlimen pembangkang teramai, boleh berunding terus dengan pihak terbabit dalam sebarang isu.

PKR semalam berkata mahu berunding dengan kedua-dua sekutu mereka yang sedang berselisih faham untuk menyelesaikan isu itu.

Ketegangan PAS-DAP bertambah buruk selepas muktamar parti Islam itu menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

Pemimpin-pemimpin PAS bagaimanapun berkata ia masih belum putus dan akan dibincangkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa pusatnya dahulu.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.