Tahun ini Muktamar PAS ke 61 diadakan di Kuala Selangor dan Muktamar
Pemuda sehari sebelumnya diadakan di Shah Alam. Seperti biasa walaupun
saya tidak terlibat secara langsung tetapi saya tidak pernah tidak hadir
ke program Parti PAS yang terbesar itu..
Kehadiran saya ke Muktamar Pemuda kali ini lebih istimewa kerana sahabat
baik saya Muhammad Faiz Fadzil bertanding sebagai salah seorang AJK
Pemuda PAS Pusat.
Walaupun beliau kalah tapi kekalahan itu disambut
dengan kegembiraan kerana dia hanya bertanding bagi meraikan demokrasi
dalam PAS.
Tetapi apa yang dapat disaksikan adalah sikap sesetengah
daripada ahli PAS yang menyambut beliau dengan gelaran dan label. Ada
yang menuduhnya dari golongan IRC, JIM dan IKRAM dan ada sesetengahnya
sentiasa mendendangkan lirik "Iman tak dapat diwarisi" bagaikan mereka
lebih mengenali ayahandanya Almarhum Ustad Fadzil Noor mantan Presiden
PAS.
Masih teringat sewaktu kami berdua bersama UFN yang sentiasa
berjenaka walaupun tegas orangnya.
Esoknya pada hari Khamis seperti biasa menjadi driver untuk membawa Abah
ke Muktamar PAS di Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan kami hanya
membincangkan berkenaan keadaan parti PAS sekarang dan dulu.
Sampai
sahaja di exit LATAR ke Kuala Selangor kami disambut oleh satu banner
Ahlan Wasahlan dengan wajah Mursyidul Am dan Presiden dan ditepinya pula
wajah Ust. Idris, Iskandar Samad dan Ust Nik Amar. Terasa pelik pula
dimana gambar Timbalan Presiden Mat Sabu.
Di hati bersangka baik mungkin
ini banner dari penyokong pemimpin tertentu.
Sepanjang perjalanan telahan saya ternyata salah, banner rasmi Muktamar
PAS pun hilang gambar Timbalan Presiden. Saya ada bertanya kepada
beberapa pihak kenapa?
Apa yang saya terima ialah mereka tidak boleh
membuat keputusan berkenaan gambar sehingga dua hari terakhir hingga
menyusahkan proses percetakkan.
Sehingga kini saya masih belum mendapat
jawapannya mengapa tiada gambar Timbalan Presiden di kesemua banner.
Walaupun saya personally ada beberapa perkara tidak dapat bersetuju
dengan Abang Mat Sabu tetapi kami kalau bertemu boleh bersembang dan
yang pasti mesti pakat tergelak dengan lawak Abang Mat.
Tidak sepatutnya
penganjur berbuat demikian walaupun tak bersetuju dengan Abang Mat.
Setidak-tidaknya dia masih Timbalan Presiden PAS sehingga muktamar ini
habis.
Muktamar kali ini juga dilihat ramai para perwakilan menerima sms kempen
untuk memilih pemimpin tertentu tetapi bahasa yang digunakan langsung
tidak mencerminkan akhlak Islam... Mungkin dibuat secara reverse
psychology ataupun daripada pihak yang inginkan perpecahan dalam PAS.
Allhua'lam. Hanya Allah Yang Mengetahui.
Sewaktu sebelah petang selepas menghantar Abah untuk pengundian saya
berdiri di depan pintu masuk dewan yang mana ramai para perwakilan dan
pemimpin hadir.
Tiba-tiba sebuah Mercedes lama datang dan dibelakangnya
terdapat sebuah Fortuner Hitam dan pengawal seperti UTK didalamnya
keluar dengan tangkas dan hebat..
Saya ingatkan Menteri mana yang hadir
untuk Muktamar PAS ... Rupa-rupanya TGHH ... Memang hebat Presiden PAS..
Saya hanya duduk di luar bersembang dengan para perwakilan, unit amal
dan para pemerhati yang datang sambil mendengar perbahasan melalui
hijau.fm .
Di hari kedua ini seorang perwakilan membangkitkan isu
berkenaan kewangan parti sambil bertanya beberapa soalan. Selepas itu
tanpa dijawab atau dibahaskan Timbalan Pengerusi Tetap menutup isu
tersebut tanpa dijawab atau dibahaskan.
Seorang perwakilan mempersoalkan
kenapa perlu ditutup sedangkan ia belum dibahas dan dijawab tetapi
Timbalan Pengerusi Tetap menyatakan yang ia akan dijawab sewaktu
penggulungan.
Adalah pelik tindakan ini sedangkan sepatutnya ia perlu
dbahas oleh perwakilan samaada terdapat cadangan ataupun persoalan
perlulah dibahaskan di muktamar untuk diluluskan atau tidak kerana ini
melibatkan perjalanan parti.
Sewaktu pengundian berlansung di sebelah petang pula dilihat beberapa
gambar keluar di media sosial yang mana perwakilan menggunakan "chai"
untuk membuat pemilihan pemimpin.
Saya tak tahu nama di senarai tersebut
tetapi tindakan tersebut amat memalukan PAS.
Seolah-olah perwakilan
yang dihantar oleh Kawasan tiada keupayaan untuk membuat pemilihan,
seolah-olah mereka tidak kenal pemimpin yang akan mereka pilih.
Tindakan
sesetengah mereka ini telah mencemarkan nama baik PAS sebagai sebuah
parti Islam dan parti tertua di negara ini.
Di hari ketiga saya tak lagi pergi ke Kuala Selangor kerana Abah dan mak
ingin berangkat pulang ke kampung kerana banyak jemputan kenduri perlu
dipenuhi. Jadi saya hanya menonton secara live di youtube.
Sewaktu perbahasan di hari ketiga ini sekali lagi saya dikejutkan dengan
perjalanan perbahasan Muktamar.
Usul daripada dewan ulama berkenaan
memutus hubungan dengan DAP diluluskan tanpa membenarkan perbahasan atas
sebab sensitif. Jawapan daripada Dato Mahfuz dan Dato Mustafa Ali yang
usul tersebut perlu dibincangkan oleh Majlis Syura amat tidak
meyakinkan.
Ust Nasruddin Hassan memberikan alasan menggunapakai
peruntukkan 26(9)(k) berkenaan pertimbangan membuat keputusan bersama
parti lain perlu diputuskan oleh MSU keranaia melibatkan hukum.
Tetapi
ini berkenaan usul di dalam muktamar. Bagaimana satu usul di dalam
muktamar boleh diluluskan tanpa bahas.
Para pemimpin PAS perlu menjelaskan kepada ahli yang bingung. Sedangkan
di dalam perlembagaan PAS dengan jelas menyatakan yang kuasa tertinggi
adalah muktamar tahunan.
Alangkah lebih baik usul dari dewan itu ditolak
dahulu sebelum dibincangkan dan dibahaskan. Alangkah lebih baik
sekiranya usul tersebut dirujuk terlebih dahulu ke MSU sebelum
dibentangkan. Itu belum dikira lagi yang kesemua dalam MSU dan dewan
ulama adalah ulama.
Berapa orang di dalam AJK Pas Pusat dan Dewan Ulama
berada dalam MSU. Sekarang isu ini akan terus menghantui PAS dan
penglibatan mereka di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.
Adakah perkara ini tidak dapat diselesaikan oleh parti Islam. Adakah
setelah 61 kali menjalankan Muktamar perkara berkenaan usul, perbahasan
dan procedure perjalanan menyuarat pun masih tidak pasti.
Kita terlalu
menjaga perjalanan meyuarat Cawangan dan Kawasan takut-takut ada yang
tak sah dan menyebabkan parti diharamkan seperti UMNO tetapi perjalanan
Muktamar tahunan pun kita teraba-raba.
Putra Taulan
8/6/2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.