Followers

Sunday, June 7, 2015

AL FATIHAH - Isteri Ku Li meninggal

 
Isteri Ku Li meninggalKUALA LUMPUR  – Isteri kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, meninggal dunia akibat kanser darah petang ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.05 petang di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Cucu saudara Tengku Razaleigh, Tengku Nazeerah Tengku Mahmud, 36, ketika ditemui berkata, Allahyarham telah lama menghidap penyakit tersebut dan pulih pada tahun lalu.

 Hasil carian imej untuk Gambar Puan Sri Noor Yvonne Abdullah

“Allahyarham dimasukkan semula ke hospital pada bulan lepas selepas dikesan menghidap penyakit yang sama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini

Jenazah akan dikebumikan esok pada pukul 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.