Followers

Friday, June 26, 2015

1MDB: Tun M tidak percaya laporan LKAN dan PAC Adam Abu Bakar



Laporan audit tidak boleh mendedahkan segala kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau hilang kepercayaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurutnya, laporan audit tidak boleh mendedahkan segala kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan audit hanyalah berbentuk akaun, orang yang tulis akaun 1MDB itu dia boleh tipu, jadi laporan audit juga tidak berkesan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga mempersoalkan ketelusan PAC yang menurutnya bersifat berat sebelah.

“Ahli PAC, Tony Pua juga bersifat bias. Malah, yang lain juga bias pada UMNO. Jadi lebih baik tidak payah ada. Dan kita (UMNO) boleh bertahan sampai pilihan raya,” kata beliau lagi.

Selain, Dr Mahathir juga membidas kenyataan mana-mana pihak yang menyatakan serangan yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah serangan peribadi.

“Kalau orang kita tak faham politik jadi kita akan kehilangan negara kita kerana masalah yang timbul ini adalah mengenai syarikat 1MDB.

“1MDB kini telah kehilangan wang berbilion ringgit,” ujarnya lagi.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.