Followers

Saturday, May 16, 2015

UMNO JOHOR SERATUS PERATUS DIBELAKANG NAJIB.

 
Rizal Razali's photo.

Umno Johor melalui mesyuarat Badan Perhubungan negeri itu yang berlangsung di Johor Baru malam tadi memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membolehkan beliau menyelesaikan masalah dan isu yang melanda negara sekarang ini, kata Datuk Samsol Bari Jamali.

Ketua penerangan Umno Johor itu berkata, mereka juga TIDAK melihat ada individu lain yang layak untuk dilantik menggantikan beliau.

"Ceritanya lebih kepada sokongan (kepada Najib)...kita pun tiada pilihan, nak macam mana, tiada pilihan kita nak tukar," kata Samsol ketika mengulas mesyuarat Najib dan Umno Johor malam tadi.

"Kita beri sokongan untuk selesaikan masalah yang ini," katanya, merujuk kepada isu berbangkit seperti syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga isu membabitkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Samsol, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang berkata, melalui sokongan yang diberikan Umno Johor, Najib diharapkan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti Melayu itu.

"Isu yang ditimbulkan (ketika mesyuarat seperti) 1MDB, apa semua...kita beri sokongan supaya dia boleh selesaikan masalah untuk kukuhkan kepimpinan parti," katanya.

Najib kini dalam lawatan 2 hari ke Johor, bermula dengan pertemuan tertutup bersama ahli badan perhubungan Umno negeri itu malam tadi di Hotel Seri Pasific Johor Baru.

Pertemuan itu dijadualkan berlangsung jam 8 malam tadi dan tamat sekitar jam 11.30 malam.

Najib turut dijadualkan merasmikan projek perumahan rakyat (PPR) Melana Indah di Johor Baru, pagi ini, sebelum kembali semula ke ibu negara.

Selain Johor, ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah, serta menghadiri perjumpaan khas bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel.

RR: Bagi aku xde sapa pun yang sanggup nak tanggung permasalahan yang direkacipta Najibun...terlalu berat dan rumit permasalahan ni.

Bukan 1, 2 bilion tapi beratus bilion dengan masalah 1MDB lagi pun puluhan bilion.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.