Followers

Monday, May 25, 2015

Ultra kiasu tidak sesuai di Selangor – Ridhuan Tee FMT Reporters

 
ridwan tee,Datuk Teng Chang Khim ,selangor

Ultra kiasu sepatutnya tidak datang ke Selangor kerana Sultan adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.


PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Datuk Dr Ridhuan Tee Abdullah membidas golongan ultra kiasu yang berterusan menghina dan tidak menghormati Islam.

Beliau berkata, perbuatan ultra kiasu itu membuatkan mereka tidak sesuai untuk datang ke Negeri Selangor kerana Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang dikotori ultra kiasu.

“Saya juga tinggal di Selangor dan ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor sebab kami masih ada Sultan,” tulisnya dalam ruangan rencana di Sinar Harian.

Ridhuan Tee mengulas sikap EXCO Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim yang menyarankan Pas tidak menganjurkan sebarang program di negeri itu.

“Ini tamparan hebat bukan saja kepada Pas malah rakyat Selangor yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri bapanya?, katanya.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ultra kiasu yang dimaksudkan oleh Ridhuan Tee itu merujuk kepada pemimpin DAP.

Beliau berkata, Pas perlu memecat pemimpin ultra kiasu dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging.

Katanya, Pas perlu mengambil tindakan itu jika mahu mereka terus hormati kerana kumpulan itu semakin menjadi barah dalam Pas.

Ultra kiasu Pas yang dimaksudkan Ridhuan Tee itu merujuk kepada kumpulan liberal dalam parti itu.

“Pemimpin ultra kiasu Pas yang menyokong ultra kiasu ada agenda sendiri. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila utra kiasu berjaya merampas Putrajaya suatu masa nanti,” katanya.

Katanya, pemimpin ultra kiasu Pas tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan sebaliknya memiliki agenda peribadi dan membalas dendam terhadap UMNO.

“Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa dan undi. Ditakdirkan tidak ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya yakin sudah lama Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat,” katanya.

Ridhuan Tee berkata, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas kerana tidak mahu kehilangan pentadbiran Negeri Selangor.

“Saya amat yakin mati hidup balik pun PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas. PKR sedar, tanpa sokongan Pas mereka akan berputih mata untuk memerintah Selangor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.