Followers

Tuesday, May 19, 2015

Tun M tuduh Najib, Guan Eng perosak ?? FMT Reporters

mahathir,najib,gunag eng

Menurut Tun M, sentimen perkauman di bawah pentadbiran kedua pemimpin berkenaan menjejaskan negara ini.

mahathir,najib,gunag eng

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhenti bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindak tanduk dua pemimpin telah mengundang banyak pertentangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Kenyataan itu dibuat beliau ketika ditanya Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, Steven Sim apa yang ingin disampaikan sekiranya diberi peluang menulis surat kepada Najib dan Guan Eng.

“ Surat saya ringkas, kedua mereka letak jawatan”, kata beliau yang disambut tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir sewaktu beliau melancarkan buku bertajuk ‘Dr Mahathir’s Selected Letters
to World Leaders’ di Yayasan Perdana, Putrajaya

Katanya, sejak 60 tahun lalu, rakyat negara ini menikmati keamanan dan kestabilan dengan pembangunan yang baik.

Namun, kata beliau, keadaan itu berubah sekarang.

“Dia mengungkit kembali sentimen perkauman dan berfikir macam itu. Sudah tentu keadaan ini tidak akan menjadikan negara ini lebih baik” kata Dr Mahathir.

MAHATHIR SUDAH SEMAKIN GILA ? -  MARAHKAN NYAMUK,  KELAMBU DIBAKAR?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.