Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tekanan Perdana Menteri itu juga disifatkan semakin berat dengan sikap beberapa ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab dan tidak tampil untuk memberi sokongan kepada Najib.
"Najib adalah manusia yang amat tertekan sekarang. Dalam keadaan biasa orang politik tertekan, dia bukan dalam keadaan biasa. Dr Mahathir adalah punca besar, dan banyak lagi ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab tidak tampil di belakang Najib.
"Ini jenis aur mencari matahari sendiri. Zaman kegemilangan UMNO telah berlalu. Ahli UMNO patut berganding bahu menyokong Najib dan mempertahankan BN. Sokong program transformasi Najib.
"Jangan jadi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran', pada masa itu menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Wan Junaidi mengulas kenyataan Kementerian Kewangan pada Ahad yang menjelaskan bahawa jawapan bertulis Najib di Dewan Rakyat mengenai 1MDB disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan. “ Najib adalah manusia yang amat tertekan sekarang.
Dalam keadaan biasa orang politik tertekan, dia bukan dalam keadaaan biasa ” - Wan Junaidi Kata kenyataan itu lagi, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.
Kenyataan itu difahamkan dikeluarkan rentetan catatan di blog Dr Mahathir yang menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1MDB berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.
Menerusi tulisan itu, Dr Mahathir berkata segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.
"Perdana Menteri tidak berbohong. Dia hanya bercakap daripada maklumat yang diberi kepadanya. Mentadbir negara bukan seperti mentadbir syarikat. "Jangan ambil enteng tanggungjawab Najib.
Kalau ada kesilapan dari fakta diberi kepadanya, maka salahlah yang akan dia buat," jelasnya. Pada petang Ahad, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis ke atas beberapa pemimpin tertinggi negara dan ahli lembaga pengarah 1MDB kerana menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan.
Tegasnya, perbuatan mereka turut dikatakan melanggar peruntukan undang-undang jenayah di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.