Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada
hadirin yang hadir di DewanTuanku Syed Putera, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau menegaskan, Timbalan Perdana
Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin calon terbaik sebagai perdana menteri
buat masa kini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30
April, 2015. - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mungkin-ada-lebih-layak-tapi-muhyiddin-calon-terbaik-ganti-najib-kata-dr-m#sthash.7Empbhjm.dpuf
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada hadirin yang hadir di DewanTuanku Syed Putera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau menegaskan, Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin calon terbaik sebagai perdana menteri buat masa kini. – Gambar The Malaysian Insider
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
SIAPA ganti PM sekarang? Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin ada calon yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri seterusnya, namun calon terbaik pada masa ini ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, ia selaras dengan tradisi Umno yang mengangkat timbalan presiden Umno bagi menggantikan perdana menteri.
"Saya tak mahu menyinggung semua pihak.
"Menurut tradisi politik Umno, timbalan presiden adalah yang terbaik untuk ambil alih.
"Mungkin ada yang lain lebih layak, tetapi lebih baik kita ikut tradisi yang timbalan presiden ambil alih," katanya pada sidang media seleps dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini. (30 April)
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan calon perdana menteri baru memandangkan beliau mutakhir ini semakin kerap berkempen menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Ditanya tentang cadangan beberapa pihak mengatakan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah calon terbaik menggantikan Najib, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada ahli Umno.
"Itu terpulang kepada Umno," katanya.
Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li, merupakan pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan. Beliau seteru Dr Mahathir dalam pemilihan Umno pada 1987 yang membawa kepada perpecahan Umno dan penubuhan parti Semangat 46 yang diketuainya.
Nama Ku Li disebut sebagai calon paling layak menjadi perdana menteri yang baharu oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dan bekas setiausaha Najib, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz. Cadangan tersebut disokong ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Mungkinkah, ini sebagai bukti kejatuhan PM Najib sudah dekat? (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.