Followers

Saturday, May 2, 2015

SUARAM desak Polis bebas tahanan FMT Reporters


 
suaram polis

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SUARAM mempertikai tindakan menangkap penunjuk perasaan anti GST sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.

PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk tangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap perserta perhimpunan aman anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Jumaat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, ia mempertikai tindakan menangkap peserta sedangkan bantahan berkenaan ditamatkan secara aman.

Dakwanya, pihak Polis jelas gagal untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sehingga jam 10.00 malam ini (Jumaat), tidak kurang daripada 53 orang telah ditangkap pihak Polis. Semua mereka ditangkap di sekitar KLCC sewaktu orang ramai dalam proses bersurai untuk pulang”, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua yang ditangkap kini sudah dipindahkan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi).

Ia juga kesal kerana tindakan Polis akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak perihatin terhadap suara golongan pekerja memandangkan himpunan 1 Mei ini merupakan acara rutin tahunan yang disambut oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.