Followers

Thursday, May 7, 2015

SPR nafi pengundi hantu di Permatang Pauh - Adam Abu Bakar

 
Zack Ahmad's photo.
TOBAT LAHOM LAH SPR NAK MENGAKU !!

Pengerusi SPR Tan Seri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan berlaku beberapa kesilapan kecil antaranya tersalah alamat rumah, tetapi itu tidak bermakna mereka harus dicop sebagai pengundi hantu.

SPR-Permatang-Pauh

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu kononnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dicemari dengan kehadiran pengundi hantu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kelayakan kawasan seseorang membuang undi ditentukan berdasarkan rekod pendaftaran pengundi.

“Mungkin dia tidak tinggal di sini, dan kemungkinan rumah itu telah disewakan. Oleh itu, kita tidak boleh tuduh begitu sahaja. Kita juga akan ‘check’ bila laporan telah dibuat,” katanya dalam sidang media di Kolej Komuniti Seberang Jaya.

Aziz juga menjawab dakwaan mengenai terdapat pengundi yang gagal mengundi ekoran wujudnya ‘individu’ misteri yang dikatakan menggunakan kad pengenalan mereka.

“Rakyat Malaysia suka hilangkan kad pengenalan mereka. Ratusan ribu kad pengenalan hilang setiap tahun. Bahkan, kes seperti ini juga berlaku di luar negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, bagi mengatasi masalah ini, SPR pernah mencadangkan agar kaedah bio metrik digunakan sewaktu pilihan raya diadakan namun dibantah oleh ahli-ahli politik.

“Ahli politik mahu terus gunakan dakwat kekal dan sepanjang yang SPR maklum, memang kami mahu gunakan bio metrik untuk elakkan penipuan. Sebelum dapatkan kertas undi kena sahkan dulu identiti dan selepas itu baru boleh mengundi,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.