Followers

Thursday, May 7, 2015

SPR “kurang bijak” tak pandang serius undi guna MyKad orang lain OLEH EILEEN NG


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "bodoh" kerana memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh hari ini.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan perkara tersebut.

"Ia jawapan bodoh. Bagaimana beliau boleh menjawab begitu? Ia kebodohan yang nyata bagi SPR menjawab demikian," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam menafikan kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata terdapat pengundi yang kehilangan MyKad dan ia digunakan untuk membuang undi.

"Saya tidak mempertimbangkannya sebagai cukup serius untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya tidak sah kerana mungkin kurang daripada 10 kes berbanding 70,000 pengundi di sini," katanya seperti dilaporkan media.  – 7 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.