Followers

Sunday, May 3, 2015

"Senjata Rahsia" DS Rosmah Mansor!!! : Written By canang

Zack Ahmad's photo. Golongan perempuan patut menggunakan “senjata rahsia” masing-masing untuk mendapatkan apa yang mereka mahu daripada suami, kata isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Beliau mencadangkan kaum hawa menggunakan “pendekatan lembut” dan kuasa memujuk.

“Jangan minta banyak sangat. Jangan minta, saya mahu itu, saya mahu ini. Lelaki tidak suka, betul tak.

“Jika dia nak bagi, dia akan bagi. Kita boleh bayangkan (mahu apa), tetapi jangan minta atau paksa mereka dapatkan untuk kamu.

“Kamu boleh pujuk. Kita ada senjata rahsia, jadi gunakanlah sebaiknya,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Rosmah (atas) berkata demikian ketika berucap dalam pusat bantuan wanita dan nasihat guaman MCA, yang dikenali sebagai “LAWA”.

Rosmah menjadi penaung untuk pusat itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.