Followers

Friday, May 8, 2015

Saya silap komunikasi, kata pengerusi Tabung Haji berhubung pembelian tanah 1MDB

 Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf berhubung penafian beliau mengenai pembelian dua bidang tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf berhubung penafian beliau mengenai pembelian dua bidang tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas kenyataan bercanggah antara dua pegawai tertinggi Lembaga Tabung Haji berhubung pembelian tanah milik 1MDB di Kuala Lumpur, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf di atas tweetnya yang menafikan pendedahan itu.

"Ya, maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu dalam Twitter.

Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli dua bidang tanah bernilai RM772 juta yang merupakan sebahagian projek Tun Razak Exchange oleh 1MDB.

"Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih. Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu, yang merangkumi pelan menara kediaman yang bernilai RM188.5 juta.

Johan bagaimanapun menafikan TH membeli tanah lain daripada 1MDB.

"TH hanya invest pada 1 unit sahaja dgn harga yang lebih murah. Bukan 2 unit seperti mana tertulis dalam blog. Itu yang saya nafikan," tulis Azeez dalam kiriman Twitter.

Johan berkata keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanahnya yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

Katanya, pelaburan itu merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

"Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Terdahulu hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari d‎alam kenyataannya berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.

Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.