Followers

Friday, May 15, 2015

Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi OLEH YASMIN RAMLAN

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak diberi sebarang makluman oleh mana-mana pihak sebelum pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa merampas mikrofon ketika beliau sedang berucap di forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan, malam tadi.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, mikrofon tersebut dirampas kerana pihak keselamatan UIA yang diketuai anggota polis Bukit Aman Superintendent Razali Mohamad cuba memaksa beliau untuk beredar dari kawasan tersebut.

"Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang.

"Beberapa daripada mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya yang orang-orang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, setibanya di UIA, Lokman Adam yang merupakan salah seorang panel forum tersebut sudah pun berucap.

"Pihak MPP (majlis perwakilan pelajar) UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan pihak pengurusan teratas UIA sudah membuat keputusan yang program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam dibenarkan berucap," katanya.

Katanya, beliau mendapat tahu program itu dibatalkan hanya pada saat-saat akhir, di mana Rektor UIA Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin mengarahkan ia dibatalkan.

"Menjelang jam 8 malam, timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

"Saya dimaklumkan sejak awal yang pihak keselamatan UIA mengadakan sekatan jalan raya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA," katanya yang mengambil keputusan menaiki motosikal untuk memasuki universiti itu tanpa ditahan pihak keselamatan.

Rafizi berkata, tindakan pihak keselamatan UIA itu mengundang kemarahan dan kekecewaan beratus-ratus siswa yang hadir dan menyebabkan Lokman kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti berucap selepas 15 minit berucap serta minta program tersebut dibatalkan.

Lokman bagaimanapun menyalahkan tindakan pelajar di universiti tersebut yang mendakwa mereka tidak mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

"Pelajar-pelajar ini, mereka kena tahu prosedur-prosedur. Pertamanya, mereka kena mendapat kelulusan. Kena dapa hitam putih kelulusan. Baru mereka boleh naik (tampal) poster. Tapi bila mereka dah naikkan poster dulu, baru minta kelulusan, kalau saya jadi pentadbiran universiti pun, saya rasa perkara itu macam tak kena," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Apabila ditanya sama ada program itu dibatalkan disebabkan panel yang hadir merupakan ahli politik, beliau menjawab: "Saya tak dengarlah alasan itu diberikan oleh pihak pengurusan universiti. Universiti tak cakap disebabkan speaker. Saya pernah berdebat dengan Ong Kian Ming di universiti yang sama, tak ada gangguan pun."

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Bulan lalu, sebuah forum kesederhanaan bertajuk “Everything in Moderation” yang sepatutnya berlangsung di UIA turut dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang sebab diberikan pihak universiti yang juga penganjur bersama program itu.

Forum itu dijadualkan menampilkan beberapa tokoh, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Exco Kerajaan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Forum tersebut diadakan bertujuan membincangkan mengenai isu kesederhanaan dan keharmonian yang semakin mencabar di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.