Followers

Saturday, May 23, 2015

Renjatan Pencabut Nyawa- 2 Lelaki Rentung Sekelip Mata

 


KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan maut akibat renjatan elektrik apabila kenderaan yang mereka gunakan ketika melakukan kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektrik voltan tinggi.

Dalam kejadian pukul 11.41 pagi tadi di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, kedua mengsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Seorang lagi pekerja Bangladesh pula cedera parah.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bahagian kren pada lori yang digunakan semasa memindah paip air untuk pihak Lembaga Air Perak tersentuh dengan wayar elektrik voltan tinggi berkenaan yang menyebabkan arus yang sangat kuat berpindah melalui kren ke atas kenderaan kerja mereka.



Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahu Mynewshub, kejadian berlaku di talian bare (wayar yang tidak disalut) 22kv (sistem 11kv).

“Bahagian talian tersebut telah dimatikan dan dibumikan untuk kerja-kerja oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat,” katanya.


- mynewshub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.