Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim mengajak mantan perdana menteri, Tun
Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak duduk semeja
berbincang mengenai kemelut yang melanda.
Rais menegaskan supaya kemelut itu diselesaikan melalui budaya menarik rambut dalam tepung, rambut dapat ditarik, tepung tidak tersebar.
“Ya, bawa balik, bawa Dr Mahathir dan ajak beliau minum kopi pahit.
“Cuma, saya bercakap hal ini dalam konteks pembudayaan di luar,” Rais (kanan) berkata demikian dalam wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
Sebelum ini, Mahathir mengasak Najib dalam pelbagai isu, terutamanya berkaitan kontroversi 1MDB, syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri.
Ia baru-baru ini disemaraklan lagi dengan kontroversi pembelian harta tanah 1MDB oleh Tahung Haji yang disifatkan Mahathir sebagai sebuah usaha penyelamatan.
Selepas kontroversi besar, Tabung Haji akhirnya memutuskan untuk menjual semula tanah itu.
Mahathir juga memberi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus memimpin parti itu.
'Dia terus terang, kita terus terang'
Rais dalam temu bual bersama akhbar Umno itu berkata isu mengenai 1MDB dan Tabung Haji sudah dijawab Najib sebelum ini dan ia sudah memadai.
“Kalau dilayan gesaan seperti ini (letak jawatan), maka dunia yang dibina sendiri oleh Dr Mahathir juga akan runtuh sebab setiap pemimpin itu ada kelemahannya, ada kelebihannya.
“Jadi, kalau hal-hal ini berbangkit, maka warna kepimpinan dalam dunia Melayu nampak pudar, nampak jatuh sedangkan tidak semestinya begitu.
“Tinggal lagi, beliau dituntut untuk meletak jawatan atau berundur sebagai Perdana Menteri. Ini tidak boleh dipersetujui Umno dan Umno sebulat suara menyokong beliau.
“Cuma di belakang falsafah ini harus ditebalkan di dalam pemikiran orang Melayu amnya dan pemimpin Umno khasnya, iaitu bukanlah suatu pendekatan Melayu untuk menjatuhkan air muka seseorang pemimpin dengan menyuruh dia berhenti di khalayak ramai dan ‘digongkan’,” Rais dilaporkan sebagai berkata.
Rais yang juga penasihat sosiobudaya kerajaan berkata sekiranya Mahathir membaca temu bual dalam akhbar milik Umno itu, beliau tidak akan berkecil hati.
“Saya harap Dr Mahathir tidak kecil hati, kita akan sentiasa menilai beliau. Oleh kerana beliau berterus-terang, kita juga perlu berterus-terang,” Rais dilaporkan sebagai berkata.

RAIS ANAK YATIM : "Jangan menyebok lah, lebih baik kamu berdoa agar PR jangan menang pada PRU 14- jika PR menang, kes kamu dengan Robengah sudah pasti kami bongkar semula... KAMI BUKAN MELAYU MUDAH LUPA !
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.