Selaku Ketua Jasa beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.
Sebagai individu yang bertanggungjawab melakukan perang saraf, beliau perlu memisahkan percakapan politiknya dengan jawatan yang disandang terutama yang membabitkan soal dalaman parti.
Pandangan itu disuarakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan kenyataan yang dibuat Puad di laman Facebooknya yang menyifatkan orang nombor dua sebagai menteri malas.
Katanya, selaku ketua jabatan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu ketika UMNO berdepan dengan krisis dalaman parti.
“Saya ingin bertanya kepada Puad dan juga kepada semua orang UMNO, semua ketua-ketua Jabatan kerajaan wajarkah seorang pegawai kerajaan menunjukkan sikap memihak dalam krisis politik parti, wajarkah Perdana Menteri membebaskan sekatan mereka yang mempunyai kedudukan politik dalam parti dari menjadi Ketua Pengarah Jasa
Tidakkah kenyataan Ketua Pengarah Jasa itu yang menuduh Timbalan Perdana Menteri malas telah menimbulkan masalah kepada PM sendiri dan juga kepada Menteri Komunikasi? dan tidakkah kerana ini telah menyebabkan rakyat menganggap sudah berlaku perang terbuka antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri dengan Jasa berada di pihak PM? “ Soal Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.
Dalam tulisannya, Zainuddin mengingatkan Puad jawatan yang disandangnya.
“Jawatan Ketua Pengarah Jasa dari sejak sebelum saya Menteri Penerangan adalah merupakan jawatan terbuka tetapi membataskannya kepada hanya mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau memegang jawatan dalam parti.
“Dengan pengecualian yang dberikan oleh Perdana Menteri kepada bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan juga anggota MKT Puad Zakarshi maka ini berarti beliau bebas dari telunjuk menteri dan dengan itu kita boleh percaya sepenuhnya kenyataan beliau bahawa beliau bukalah tukang kapak Menteri Komunikasi dan Multi Media?” jelasnya.
Bagaimanapun, motif sebenar kenyataan yang dibuat Puad terhadap Muhyiddin menimbulkan tanda tanya.
Selepas menafikan ia dibuat atas arahan dari Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Ahmad Shabery Cheek, apa tujuan sebenar beliau?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.