Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR
Umno
cawangan Guar Jering Jaya, yang dikatakan tempat asal calon Barisan
Nasional PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, dibubarkan, pagi ini.
Seorang
individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya
mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan
PKR Permatang Pauh, pagi ini.
"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.
"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.
Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.
"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.
"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.
Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.
Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.
Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.