Followers

Friday, May 15, 2015

Polis tahan lelaki amuk lepas tembakan ANTARAPOS.COM




Post Pic

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah kedai makan di Rantau Panjang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, suspek yang memandu kereta dipercayai melanggar sebuah kereta di kawasan itu dan menyebabkan pelanggan kedai berkenaan marah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata orang ramai kemudian membaling batu ke arah kereta suspek menyebabkan cermin keretanya pecah.

"Suspek keluar dari kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata tiruan ke arah kira-kira 20 pelanggan di kedai berkenaan sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah-Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan jam 7 pagi tadi di rumah neneknya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

"Suspek menggunakan senjata tiruan dan peluru galas bebola. Kita juga berjaya rampas kelongsong peluru yang digunakan suspek.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan ketika ditahan suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.