Followers

Thursday, May 7, 2015

PKR dakwa kesan pengundi hantu di Permatang Pauh OLEH KC NAZARI

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menunjukkan slip ucapan daripada Barisan Nasional dihantar kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah pengadu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menunjukkan slip ucapan daripada Barisan Nasional dihantar kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah pengadu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa berjaya mengesan 2 'pengundi hantu' yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Katanya, perkara itu dikesan selepas 2 pemilik rumah yang beralamat di 2 tempat berbeza mengadu kepada PKR mengenainya.

Mereka mendakwa menerima slip ucapan selamat mengundi daripada Barisan Nasional (BN) yang dialamatkan kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah mereka.

Rafizi berkata, 2 pengadu itu menetap di rumah mereka sejak 14 tahun lepas namun terkejut selepas slip daripada BN itu dihantar kepada "Nur Fadilawaty Hanafi" dan "Sakinah Ahmed" yang tidak pernah mereka kenali.

Jelas Rafizi, PKR akan memperketatkan kawalan oleh agen mengundi ke atas dua pengundi berdaftar itu yang akan mengundi di saluran 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa.



Menurutnya, insiden pengundi hantu ini juga pernah berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum 2013 bagi Parlimen Pandan.

"Saya pernah dapat tangkap. Tapi 'hantu' ini, dia sebenarnya takut dengan kita. Bila dia nampak kita, dia akan lari.

"Saya buat 6 laporan polis, tapi tiada tindakan ke atasnya," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.– 6 Mei, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.